top of page
Several Open Books

ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

KUALA LUMPUR
​

Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Permulaan kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang, ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik,jasmani rohani untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar.ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA.

Senarai Sekolah ASBFKL
​
  • SMK Convent Bukit Nenas

  • SMK Aminuddin Baki

  • SMK Victoria Institution

  • SMK (P) Bandaraya

  • SMK Seri Bintang Selatan

Encik Muhammad Zulhilmi Md Noor
Pengetua ASBFKL
​

​Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur Jalan Au 2c, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur (Telah berpindah ke penempatan semantara di Anjung FELDA, Jalan Maktab Kampung Datuk Keramat 54000, Kuala Lumpur) berikutan bangunan sedia ada ASBFKL dalam proses menaiktaraf.

​

Tel: 03-42576166
Emel: asbkl@felda.net.my

KUANTAN
​

Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK). Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar. Manakala, misi Asrama Semai Bakti FELDA ialah berusaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan berhemah tinggi serta memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan dan usaha gigih di kalangan petugas dan warga asrama. Sepertimana ASBFKL, ASSBK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya. Bas juga disediakan untuk pengangkutan pelajar pergi dan balik daripada sekolah.

Senarai Sekolah ASSBFK
​
  • SMK Alor Akar

  • SMK Tok Sera

  • SMK Abdul Rahmah Talib

  • SMK Sultan Abu Bakar

Encik Muhd Fadhlan bin Ahmad
Pengetua ASSBFK
​

​Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

​

TeL: 09-5147755
Emel: assbk@felda.net.my

JOHOR BAHRU
​

Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK). ASSBFK beralamat di Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama dengan dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama.Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar. Manakala, misi Asrama Semai Bakti FELDA ialah berusaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan berhemah tinggi serta memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan dan usaha gigih di kalangan petugas dan warga asrama. Sepertimana ASBFKL, ASSBK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya. Bas juga disediakan untuk pengangkutan pelajar pergi dan balik daripada sekolah.

Senarai Sekolah ASSBFK
​
  • SMK Sultan Ismail

  • Maktab Sultan Abu Bakar

  • SMK Tasek Utara

  • SMK Mohd Khalid

  • SMK (P) Sultan Ibrahim

  • SMK Sultanah Engku Tun Aminah

Puan Norzafirah Liyana binti Mat Seh
Pengetua ASBFJB
​

Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru Lot 12760 Jalan Tasek Utara 80100 Johor Bahru Johor Darul Takzim (Telah berpindah ke penempatan semantara di B7-G-10, Jalan Prisma 3, Rumah Iskandar Malaysia, Gelang Patah,79200 Johor Bahru ) berikutan bangunan sedia ada ASBFJB dalam proses menaiktaraf.

​

Tel: 07-5099528

Emel: asbjb@felda.net.my

bottom of page